Sekarang dengan Boost, anda boleh membuat permintaan wang daripada rakan dan keluarga! Hanya ikuti langkah di bawah:
1. Pergi ke paparan "Home" dan klik pada butang "Request Money" di bucu bawah kanan.
2. Anda akan dibawa ke paparan "Request Money".
3. Masukkan nombor telefon rakan anda dalam ruangan "mobile number" atau pilih melalui rekod kenalan anda.
4. Masukkan amaun yang anda ingin minta.
5. Tambah nota atau lampirkan resit jika anda perlukan sebagai rujukan bagi rakan anda.
6. Setelah menyemak butiran, sahkan untuk meneruskan permintaan.
7. Anda akan dibawa ke paparan "Success" apabila permintaan berjaya dihantar.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.