Anda boleh memastikan bahawa Boost Wallet anda disimpan dan selamat dilindungi. Hanya anda yang boleh mengaksesnya dengan tiga sebab:
1) Semua transaksi dalam Boost anda dilindungi oleh PIN transaksi 6 digit yang hanya diketahui oleh anda untuk membenarkan sebarang transaksi.
2. PIN transaksi disulitkan dan disimpan dengan selamat dalam pangkalan data kami dengan ciri keselamatan perusahaan TSL/SSL (enterprise grade TLS/SSL).
3. Boost di bawah garis panduan dan peraturan Bank Negara di mana ciri-ciri keselamatan adalah salah satu aspek yang dilindungi.
Pihak sokongan Boost akan bersama anda untuk menjawab persoalan berkaitan keselamatan. Anda hanya perlu mengemukakan maklum balas anda dan kami akan membantu anda selanjutnya.