Terdapat beberapa sebab anda gagal membuat penambahan kad debit, kad kredit atau akaun bank. Sila semak dan singkirkan isu yang selalunya bersangkutan dengan permasalahan ini:
Jika anda menambah kad kredit atau kad debit, sila semak jika:
1. Kad anda dikeluarkan oleh bank tempatan.
2. Kad sama ada Visa atau Mastercard.
3. Kad anda telah luput.
4. Butiran kad anda telah dimasukkan dengan tepat.
5. Anda telah mendaftar nombor telefon dengan pihak bank yang mengeluarkan kad anda dengan tepat. Jika anda telah mendaftar dengan tepat, anda akan mendapat kod TAC semasa anda menambah kad tersebut.
6. Akaun bank anda mempunyai dana yang mencukupi
7. Kad anda telah mencapai had perbelanjaan bulanan
8. Sambungan rangkaian dan sama ada anda boleh menerima SMS. Jika anda tidak menerima TAC melalui SMS daripada bank anda, anda tidak boleh menambah kad debit atau kad kredit tersebut.
9. Jika anda boleh log masuk ke portal perbankan atas talian. Portal perbankan tersebut mungkin sedang diselenggara, terutamanya pada jam 11:30PM sehingga 1.30AM.
Jika anda menambah akaun bank :
1. Anda boleh log masuk ke portal pihak bank. Portal perbankan tersebut mungkin sedang diselenggara, terutamanya pada jam 11:30PM sehingga 1.30AM.
2. Semak jika pihak bank anda memerlukan kebenaran tambahan dalam menambah pihak pembayar. Jika semuanya baik, anda boleh mencuba kaedah pembayaran lain.
Atau anda boleh menghubungi kami dan sertakan butiran tambahan, kami akan membantu anda selanjutnya!
Mengapakah saya tidak boleh menambah kad kredit , kad debit atau akaun bank?
Ada soalan lagi? Serah permintaan