Terdapat pelbagai tempoh kesahan berkaitan dengan akaun prabayar anda, dan ianya berbeza mengikut polisi pihak rangkaian anda.
Tempoh kesahan kredit prabayar Xpax:
1. Untuk pelanggan Xpax, anda boleh melihat tempoh kesahan kredit prabayar anda dengan merujuk pada paparan 'Prepaid' dan lihat pada bahagian ' Mobile credit'. Anda boleh melihat tempoh kesahan bagi kredit prabayar anda.
2. Biasanya, kredit prabayar anda akan dilanjutkan tempoh kesahannya apabila anda menambah nilai dan tempoh kesahan baru melebihi tempoh kesahan semasa anda.
a. Sebagai contoh: anda mempunyai 5 hari lagi sebelum tempoh kesahan luput, kemudiannya anda menambah nilai dengan tempoh kesahan 6 hari, oleh itu anda akan mendapat tempoh kesahan daripada 5 hari ke 6 hari.
b. Namun demikian, jika anda menambah nilai dengan tempoh kesahan selama 4 hari, tempoh kesahan anda tidak akan berubah dan kekal selama 5 hari.
Tempoh kesahan pelan internet Xpax:
1. Untuk pelanggan Xpax, anda boleh melihat tempoh kesahan pelan internet anda dengan merujuk pada paparan 'Prepaid' dan lihat pada bahagian ' Internet plan'. Anda boleh melihat tempoh kesahan bagi pelan internet anda.
2. Tempoh kesahan pelan internet anda bergantung pada pelan internet yang dilanggan. Anda boleh melihat tempoh kesahan pelan internet tersebut sebelum anda melanggannya. Bagi berbuat demikian, anda perlu klik pada ikon di bawah bahagian 'Includes' bagi setiap pelan pada paparan 'Internet plans'.
3. Apabila anda melanggan pelan intenet yang baru, tempoh kesahan pelan internet anda akan dikemas kini berdasarkan pelan internet yang baru dilanggan.
Adakah pembelian kredit prabayar & pelan internet mempengaruhi tempoh kesahan saya?
Ada soalan lagi? Serah permintaan