Bergantung pada saluran yang anda gunakan, anda boleh melihat hasil maklum balas anda di beberapa tempat.
Jika anda menggunakan aplikasi Boost:
1. Pergi pada 'Help' dalam aplikasi Boost anda.
2. Pilih pada butang 'Existing requests' pada bahagian kanan atas dalam paparan 'Help'.
3. Lihat dan semak hasil maklum balas anda.
Jika anda menggunakan e-mel atau melalui laman sesawang kami:
1. Layari support.myboost.com.my
2. Klik pada 'Sign in' di bahagian atas bucu kanan.
3. Log masuk sekiranya anda telah mempunyai akaun dengan pihak sokongan kami.
4. Jika anda tidak mempunyai akaun dengan pihak sokongan kami, klik pada 'Have you emailed us? Get a password'.
5. Satu pautan akan dihantar ke e-mel anda bagi membuat satu akaun dengan pihak sokongan kami.
6. Lihat dan semak hasil maklum balas anda.
Jika anda menggunakan Facebook:
1) Menggunakan Facebook message, anda boleh melihat rekod perbualan melalui profil anda.
2. Jika anda memberi komen pada halaman Facebook kami, anda boleh melihat maklum balas daripada kami melalui halaman Facebook kami @myboostapp
Bagaimana saya boleh menyemak maklum balas yang telah saya salurkan ke Boost?
Ada soalan lagi? Serah permintaan