Adakah dana MAIWP yang digunakan untuk projek Kasih Asnaf Back to School 2023 ini mematuhi syariah?
Untuk kerjasama antara MAIWP dan Boost, pihak kami telah pastikan dana MAIWP yang digunakan untuk projek ini di letakkkan di dalam sistem perbankan Islam yang patuh syariah. Di Boost, kami mempunyai pelbagai produk dan perkhidmatan tetapi akaun bagi setiap satunya tidak bercampur.
Ianya sama dengan bagaimana bank mengendalikan dana antara perbankan konvensional dan perbankan Islam di bawah satu jenama.